18 Mei 2020 - 18:04
Kapal Tangki Iran, A.S Tidak Boleh Halang Perdagangan Sah Antara Negara: Tehran

Kementerian Luar Iran sekali lagi memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk tidak bertindak semberono terhadap kapal tangki Iran sedang belayar ke Venezuela semabil mengingatkan Washington bahawa mereka tidak boleh menghalang perdagangan sah di antara negara-negara bebas.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kementerian Luar Iran sekali lagi memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk tidak bertindak semberono terhadap kapal tangki Iran sedang belayar ke Venezuela semabil mengingatkan Washington bahawa mereka tidak boleh menghalang perdagangan sah di antara negara-negara bebas.

"A.S akan menanggung sebarang akibat yang bakal timbul daripada tindakan tidak cermat (Washington) terhadap kapal Iran," kata jurucakap kementerian luar, Abbas Mousavi kepada wartawan dalam sebuah sidang media di Tehran pada hari Isnin.

"A.S bakal berhadapan dengan respon tegas daripada kami sekiranya mereka mengambil sebarang tindakan yang menyekat pergerakan bebas kapal kami yang dilindungi di bawah perundangan (antarabangsa)," katanya memberi amaran.

Sekiranya Washington "tidak menyukai sesebuah negara, perkara itu tidak memberikan alasan untuk mereka menghalang perdagangan sah yang berlaku di antara negara-negara (bebas), [mengenakan] sekatan [ke atas negara-negara itu], dan menimbulkan masalah bagi mereka," katanya lagi. -Press TV